Gadis Diculik Selama 10 Tahun,Dijual Dan Diperdagangkan Sampai Keluarga Sendiri Sudah Tidak Kenal Siapa Dia!

Diposting pada

“Saya beritahu dia tentang kisah saya dan dia membantu saya untuk pulang ke rumah. Gadis itu membawanya pulang ke Delhi dengan menaiki keretapi. Pada malam 24 Julai 2016, dia akhirnya berjaya mencari rumah kakaknya.

“Saya mengetuk pintu dan saya melutut di hadapan kakak saya sebaik sahaja mengecam saya. Bagaimanapun, kakaknya tidak mengenalinya dan bertanya: “Siapa yang awak cari?” Kakaknya mula menitis air mata sebaik sahaja menyedari gadis itu di hadapannya adalah adiknya sendiri.

“Ibu saya ingat saya sudah mati,” katanya. “Dia tak percaya saya masih hidup. Bila saya beritahu kisah saya, dia begitu sedih. Dia sedih kerana saya melalui banyak kesengsaraan.”

Salinan laporan kehilangan kanak-kanak hilang semasa usianya baharu 12 tahun. Ibunya yang bekerja di sebuah kedai runcit sejak kematian suami pada 2008 berkata: “Selepas saya tidak mendapat bantuan daripada pihak polis, saya mula percaya anak perempuan saya telah mati. Hidup saya seperti tidak bernyawa sejak kehilangannya. Saya tidak dapat bayangkan apa yang dia telah lalui.

“Badannya ada banyak kesan dera dan puntung rokok. Saya tidak sanggup untuk mendengar perkara seperti ini berlaku pada anak saya sendiri.

“Saya akan terus menyokong anak saya sehingga ke nafas saya yang terakhir. Kehidupan lampaunya telah musnah.

“Mereka mencuri 10 tahun daripada dia, tempoh yang paling bernilai buat dia. Saya akan cuba berikan yang terbaik untuk dia selagi termampu.”

Dia kemudiannya membuat laporan polis di Delhi beberapa hari kepulangannya ke rumah. Timbalan Pesuruhjaya Polis di timur laut Delhi, Ajit Kumar Singla berkata: “Saya telah merakamkan keterangan gadis ini dan kita kini sedang menyiasat dakwaannya.

“Dia beritahu saya tentang kawasan pemerdagangan di mana dia diculik dan kita akan menghantar pasukan kita untuk menyiasat dan memburu dalang sindiket,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *