Gadis Diculik Selama 10 Tahun,Dijual Dan Diperdagangkan Sampai Keluarga Sendiri Sudah Tidak Kenal Siapa Dia!

Diposting pada

Mangsa menjadi hamba dan dirogol selama 10 tahun kehilangannya. Mangsa masih ingat pernah dijual kepada seorang petani pada harga £300.

“Bila saya terjaga, saya dapati saya dikurung di dalam sebuah bilik bersama 20 yang lain termasuk budak-budak perempuan dan kanak-kanak kecil.

“Saya panik dan menjerit meminta tolong. Semua di situ menangis,” katanya.

Pada usia hanya 12 tahun, dia dipaksa untuk bekerja di ladang sepanjang hari, mengangkut guni gandum yang berat ke trak dan kemudian dirogol oleh beberapa lelaki pada sebelah malam.

Katanya: “Saya berulang kali dirogol setiap malam.

“Ramai lelaki mengambil giliran merogol saya dan mereka akan pukul saya jika saya melawan.

“Sampai ada satu tahap saya diacukan pisau di tengkuk saya semasa dirogol. Saya dikurung di sebuah bilik gelap dan hanya diberikan sekali makan sehari.”

Pada 2009, dia yang berusia 15 tahun dipaksa berkahwin dengan seorang pemandu trak berusia 50 tahun di sebuah kampung di Punjab, utara India.

“Saya masih muda tetapi dipaksa berkahwin dengan seorang kaki botol dan penagih dadah di Punjab,” katanya. “Saya mempunyai dua anak bersama lelaki itu. Dia kemudiannya meninggal dunia pada 2011.

“Ipar saya mula menyeksa saya. Mereka sering pukul saya manakala abang ipar dan rakan-rakannya merogol saya beberapa kali.

“Kakak ipar saya merampas anak-anak saya dan membawa mereka tinggal bersama dia tanpa kebenaran, dan saya kemudiannya dihalau.”

Tanpa wang, dia terpaksa hidup bergelandangan di jalanan. “Saya sesat. Saya terdesak untuk pulang ke rumah tetapi tiada cara untuk kembali pulang.

“Saya kemudiannya mendapat kerja sebagai tukang cuci dan tinggal di sebuah bilik kecil. Tetapi wang tak cukup. Kadang-kadang saya mengemis dan kadang-kadang saya tidur di jalanan,” katanya.

“Kemudian seorang lelaki menawarkan saya bekerja di Siliguri di Bengal Barat. Saya terima.“Tetapi saya dijual lagi, di sebuah bar. Di sana saya berjumpa dengan seorang gadis yang berasal dari Delhi.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *