Gadis Diculik Selama 10 Tahun,Dijual Dan Diperdagangkan Sampai Keluarga Sendiri Sudah Tidak Kenal Siapa Dia!

Diposting pada

SEORANG gadis berusia 22 tahun yang diculik di depan rumahnya 10 tahun lalu menceritakan pengalaman pahit menjadi mangsa pemerdagangan di India, dijual sebagai hamba dan dirogol ramai lelaki.

Gadis yang enggan dikenali itu akhirnya kembali ke pangkuan ibunya pada minggu lalu selepas berharap untuk berbuat demikian sejak sedekad lalu.

Dia berterima kasih dengan seorang gadis yang ditemuinya secara kebetulan sebaik tiba di Delhi, dan selepas dia mengingati lokasi kediamannya.

Katanya: “Saya kehilangan zaman kanak-kanak saya. Saya baharu sahaja berusia 12 tahun semasa diculik di luar rumah. Saya menyedari banyak yang saya terlepas sekembalinya saya ke pangkuan keluarga.

“Saya sangat gembira pulang ke rumah tetapi saya masih bersedih dengan kehidupan lalu yang telah hilang.”

Menceritakan semula insiden yang berlaku, dia ketika itu sedang bermain di luar rumahnya di Seelampur, Delhi, ibu negara India pada 2 Julai 2006.

Kemudian datang seorang wanita dan mula bercakap dengannya.

“Saya masih ingat apa yang saya pakai ketika itu. Saya pakai jubah kelabu dan selipar merah jambu,” katanya.

“Saya sedang berjalan ke rumah kakak saya apabila seorang wanita keluar dari keretanya dan mula bercakap dengan saya. Belum saya sempat berbuat apa-apa, seorang lelaki keluar dari kereta berkenaan dan menarik saya masuk ke dalam dan menutup muka saya dengan kain. Saya tidak sedarkan diri.”

Ibu bapanya mula mencarinya selepas dia tidak muncul di rumah kakaknya.

Ibunya berusia 55 tahun berkata: “Saya merasakan sesuatu yang buruk berlaku dan mencarinya di hospital, balai polis dan kuil, tertanya-tanya kalau ada yang meninggalkannya di situ untuk mengemis atau perkara lain.

“Saya juga menampalkan poster yang memaparkan wajahnya di beberapa tempat tetapi ia tidak membantu kepada usaha pencarian.”

Dia bersama suami kemudiannya membuat laporan kepada polis berhubung kehilangan anak mereka.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *