” Abah Garang Gila, Tapi Pertama Kali Tengok Abah Menangis Bila Mak Ucapkan Sesuatu”

Diposting pada

Hati mak dah mula membengkak. Perut dia buncit macam di pam. Berkilat dan boleh nampak urat. Mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga pemikiran mak dah tak berapa normal.

Dia tak kenal dah orang yg pegi melawat dia, kecuali anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa kata ada habuk penuh atas kepala aku jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia.

Hampir 3 bulan mak kat hospital jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua misi, doktor dah kenal. Selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalanya walaupun kami lelaki jururawat kat situ dah tak kisah.

Memulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. Kami jumpa doktor dan ketua dia jururawat, mintak kebenaran sebab kami tak de adik-beradik perempuan kemudian mak perlukan orang tunggu 24 jam, sebab bila mak kejang kena ada org urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa Mak sementara hayatnya masih ada.

Akhirnya Mak kami bawak balik ke umah. Sebab Mak kate dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia suami dia. Mintak dengan doktor, doktor benarkan. doktor kata mak dah tak de harapan.

Bila mak sampai rumah. Suatu keajaiban berlaku, mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. cuma mata dia ja masih kelabu. Dia makan, kami bagi semua makanan yang dia suka, apa yang dia sebut kami cari. Kami ambil semua baju baru mak kami pakaikan pada dia sembang ngan semua orang, mintak maaf ngan semua terpaksa baring mengiring, sebab perut dia smakin membesar.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *