” Abah Garang Gila, Tapi Pertama Kali Tengok Abah Menangis Bila Mak Ucapkan Sesuatu”

Diposting pada

Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu mak pengsan tiba-tiba. Abah bawak pergi hospital jengka. Bermula hari tu..keadaan mak makin hari, makin teruk. Seminggu mak kat hospital. Kemudian doktor bagi balik, keadaan mak elok sikit, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda.

2 hari je mak sempat duk rumah, lepas tu abah terpaksa bawa mak pergi hospital semula, sebab keadaan mak terlalu lemah, mata tak boleh bukak, dah tak boleh bercakap, mak tak makan sejak balik umah. Masuk makanan mak muntah.

Doktor kata penyakit mak dah teruk, kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu mak tak boleh makan. Selama di hospital mak hidup dengan air dan ubat saja. Sayunya aku tengok muka mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap, tapi masa tu mak boleh bercakap.

Satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. Tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam tak de apa-apa boleh buat lawak, gelak lagi. Walhal aku tau yang dia menanggung sakit yang amat sangat.

Doktor ada terangkan pada kami adik beradik macam mana nak jaga orang sakit barah. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. penglihatan akan kabur, di sebabkan paru-paru mak dah rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit.

Seksanya mak, tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik.

Semakin hari keadaan mak semakin teruk ..aku ambik keputusan untuk cuti satu sem. Abg di Jepun pun balik.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *