” Abah Garang Gila, Tapi Pertama Kali Tengok Abah Menangis Bila Mak Ucapkan Sesuatu”

Diposting pada

Adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. Abah dah tak macam dulu. Sesekali aku balik, abah, aku tengok abah yang mengasuh adik lebih dari mak. Syukur pada Tuhan harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.

Setahun lepas adik lahir mak sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma pergi klinik je. Lepas sebulan lebih sakit mak tak sembuh. Abah bawak pegi pada pakar kat hospital Mentakab. Diorang ambik sample darah.

Lepas seminggu diorang panggil pergi hospital semula, dah dapat keputusan. Ya Allah, mak disahkan kena barah payu dara. Doktor kata, untuk selamat mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan.

 

Bermula dari hari tu kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate tetiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risukan adik perempuan yg masih kecik, apa nasib adik bila dia tak de nanti.

Aku cukup tak tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. “mie..nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu je. Mie..kain batik ma ada 3 helai yang baru dalam almari, nanti orang datang bukak ambik”. Air mata memang tak leh tahan.

Sampai masa mak terpaksa operate jugak. Doktor kate kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku ambik cuti seminggu dengan dekan. Balik kampung kena jaga adik.

Lepas operate mak dah mula jadi lemah kesian sangat aku tengok doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak terlampau lemah. Lepas 2 minggu Mak kat hospital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *