” Abah Garang Gila, Tapi Pertama Kali Tengok Abah Menangis Bila Mak Ucapkan Sesuatu”

Diposting pada

Duk asrama 2 taun lepas SPM aku kerja sementara kat Tekam Resort, nama je resort sebenarnya aku kerja dalam ladang gak banci pokok. Gaji RM400. Tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main macam-macam dah plan nak beli barang.

Benda yang paling aku teringan masa tu, pancing guna mesin. Dapat duit terus pergi pekan beli, ingat lagi..harga pancing tu RM75 satu set. Balik rumah petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak, bayar balik duit minyak motor yang aku mintak kat dia tetiap hari pergi kerja.

Menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. Aku ingat lagi masa tu dia kata “ni bukan duit minyak motor, ni duit kerja anak ma, alhamdulillah dapat dah ma merasa duit anak-anak”.

Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran pergi UITM (masa tu masih ITM) Shah Alam jurusan elektrik panggilan pertama. masa tu aku baru balik keja, siap mandi, pastu makan masak sedap tengah hari tu.

Tengah makan mak cakap “haa…makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni”, aku tanya kenapa kata ada surat kat depan. Dan dan aku pergi ambil baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat mak. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata mak masa tu, kata dia..lepas dah anak ma 2 orang, tinggal 2 lagi tu tak tau macam mana.

Perbelanjaan aku masuk ITM masa tu abang sulung aku tanggung. Masa tu dia di Jepun study dan buat kerja part time jadi DJ.

Masa aku part 4, mak bersalin adik perempuan. Kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. Sebab sebelum ni kami 4 beradik lelaki. Abah la orang paling gembira dah lama dia nak anak perempuan.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *