” Abah Garang Gila, Tapi Pertama Kali Tengok Abah Menangis Bila Mak Ucapkan Sesuatu”

Diposting pada

Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah. Mintak duit belanja. Kena buli ngan kawan, semuanya Mak. Ngan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.

Abah pepagi lepas hantar kitorang pergi sekolah dia pergi ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat kekadang tidur kat pangkin bawah pokok moktan tepi rumah.

Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena.

Masa tu kekadang aku rasa ngapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak Abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu org susah abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, Mak buat nasik lemak ngan kuih tepung bungkus.

Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasi. Pepagi lepas hantar kitorang pergi skolah abah singgah letak nasi lemak ngan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. Masa tu nasi lemak sebungkus Abah jual 30 sen kuih tepung bungkus 15 sen. Kekadang tu aku bawak gak 2, 3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu.

Aku dapat duduk dengan mak sampai tingkatan 3, selepas itu aku masuk asrama Vokasional Temerloh. Tapi tetiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak, keras tengkuk aku duk makan nasi kawah, ikan jeket ngan sawi balak kat asrama.

Petang Jumaat balik kampung sampai umah terus cari nasi setiap jumaat dia dah tahu, dia akan goreng ikan plaklin (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh ngan kacang botol, sambal belacan lada besar. tu je favored aku, Ada set tu. memang makan tak ingat punya. Kekadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau kena yang tu, sehari 3, 4 kali ulang makan nasi.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *