” Abah Garang Gila, Tapi Pertama Kali Tengok Abah Menangis Bila Mak Ucapkan Sesuatu”

Diposting pada

10 Feb – Ibu adalah seorang insan yang tiada bandingannya dengan orang lain. Ibu lah yang melahirkan kita dan juga mendidik kita untuk menjadi manusia yang berguna di muka bumi ini.

Apabila kita sakit, tiada insan lain yang akan ada di sebelah kita selain ibu kita. Seperti kisah yang sangat menyentuh hati yang diceritakan oleh seorang anak yang mana ibunya telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

Hidayat menceritakan kisah yang diceritakan oleh seorang sahabtnya yang kehilangan seorang emak akibat kanser payudara.

Menurut Hidayat, bagi sahabatnya itu ibu beliau adalah harta yang paling berharga buat dirinya dan tiada nilai yang boleh disamakan dengan ibunya itu.

“Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah. Mintak duit belanja. Kena buli ngan kawan, semuanya Mak,” katanya.

Selepas menjejakkan kaki ke universiti, Keluarga sahabatnya itu menerima berita gembira apabila emaknya selamat melahirkan seorang anak perempuan yang telah lama mereka sekeluarga nantikan.

Namun, kegembiraan itu seakan berhenti seketika, apabila setahun selepas adik perempuannya dilahirkan, emaknya jatuh sakit dan pada mulanya mungkin sakit biasa sahaja.

Selepas sebulan penyakit emaknya tidak sembuh, Ayahnya membawa emaknya berjumpa doktor pakar dan akhirnya emaknya disahkan enghidap kanser payudara.

Jom ikuti kisah yang meruntun jiwa diceritakan oleh Hidayat tentang sahabatnya menerusi akaun Facebook. Semoga bermanfaat.

KISAH BENAR YANG BOLEH BUAT ANDA MENANGIS. (kanser payudara)

Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami.

Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu, pernah kami kena pelangkung dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. sejak hari tu aku dah kurang sikit ngan abah. Apa-apa masalah aku ngadu ngan mak.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *